Jumaat, 28 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan 2009 Peringkat Sekolah

Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini diawalkan sedikit memandangkan minggu berikut adalah Bulan Ramadhan. Salam Kemerdekaaan buat semua.

Bolasepak 1 Malaysia Peringkat Semenyih




Perlawanan bolasepak persahabatan dengan mengabungkan ketiga-tiga aliran sekolah dalam 2 pasukan bolasepak. Natijahnya melahirkan tanda persaudaraan, persahabatan dan integrasi nasional di bawah satu cogankata 'SATU MALAYSIA'

Nyanyian Selingan oleh murid kelas 5R

Jumaat, 3 April 2009

Contoh Akhlak Terpuji : Presiden Ahmadi Nejad (Presiden Negara Iran)

Sidang Media
Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirehat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Tidur tanpa katil
Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Makan ala kadar
Makan sekadar menahan lapar..


Solat di mana sahaja

Tempat bukan penghalang untuk berjumpa Tuhan..









Ahmadinejad menunjukkannya..

Ahmadinejad menunjukkan amalan Islam kepada bukan Islam, satu contoh pemimpin yang agong

Khamis, 11 Disember 2008

Contoh Rancangan Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

CONTOH RANCANGAN HARIAN

Tema : Sayangi Diri

Tajuk : Unit 1

Mengenali Diri- Tingkah laku bertanggungjawab


Hasil Pembelajaran.

1) Menjelaskan kekuatan dan kelemahan diri.

2) Mengukuhkan kekuatan dan membaiki kelemahan diri.

3) Menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan diri.


Ilmu - Kajian Tempatan.

Nilai – Rajin, Kesyukuran, Rasional.

KBT -


Aktiviti:

1. Berbincang tentang kekuatan dan kelemahan diri

2. Mencatat kelemahan diri serta cara mengatasi

3. Bercerita berdasarkan aspek kelemahan dan kekuatan diri yang telah dicatatkan

4. Mencatat perkara yang telah disenaraikan.


BBM:

Impak :