CONTOH RANCANGAN HARIAN
Tema : Sayangi Diri
Tajuk : Unit 1
Mengenali Diri- Tingkah laku bertanggungjawab
Hasil Pembelajaran.
1) Menjelaskan kekuatan dan kelemahan diri.
2) Mengukuhkan kekuatan dan membaiki kelemahan diri.
3) Menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan diri.
Ilmu - Kajian Tempatan.
Nilai – Rajin, Kesyukuran, Rasional.
KBT -
Aktiviti:
1. Berbincang tentang kekuatan dan kelemahan diri
2. Mencatat kelemahan diri serta cara mengatasi
3. Bercerita berdasarkan aspek kelemahan dan kekuatan diri yang telah dicatatkan
4. Mencatat perkara yang telah disenaraikan.
BBM:
Impak :
Khamis, 11 Disember 2008
Tema-tema di dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut:
1. Sayangi Diri
2. Sayangi Keluarga
3. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
4. Kenali Budaya Malaysia
5. Malaysia Negaraku
6. Sedia Hadapi Cabaran
Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.

Langgan:
Catatan (Atom)